Salam ukhuwah dari saya buat semua warga pendidik.Paling khusus buat guru-guru di SK Tumpat, SK.Sungai Tapang, SK.Sri Neting, SKKemahang (2),SK.Laloh dan SK.Merapoh. Sekolah-sekolah tersebut paling istimewa kerana di situlah saya mengutip pengalaman sebagai pendidik. Kepada warga Suluh Budiman (MPSI) kini UPSI- sekalung penghargaan atas sumbangan besar mendidik saya pada tahun 1976/77 menjadi guru.
Buat guru-guru di SK Pulau Kundor,SK.Kedai Buloh ,SMK.Kedai Buloh dan IP Kota Bharu. Selamat bertugas. Di situlah saya menimba ilmu di peringkat asas.
Selamat Hari Guru ," Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara." Sesungguhnya, guru merupakan orang yang sangat mulia di sisi agama. Ikhlaskan hati murahkan bakti. Insya-Allah, kita akan dirahmati selalu. Terima kasih atas sumbangan anda yang begitu cemerlang tanpa mengira masa dan ketika. Dunia ini tempat berbakti.Akhiratlah tempat menuai hasilnya.Mudah-mudahan kita dimasukkan dalam golongan hamba-hamba-Nya yang solihin. Amin!